Friday, May 1, 2015

Raya Lebih Meriah dengan Golden Churn Bersama Chef Dato' Fazley Yaakob




Mentega Golden Churn, yang terkenal dengan kelebihannya dalam pembuatan kek dan masakan selama lebih dari 70 tahun, kini membawakan evolusi dalam arena masakan tempatan dan rumah dengan memperkenalkan pengubahsuaian pada resipi-resipi klasik sambil mengekalkan rasa lazat mentega yang menjadi kebanggannya.

Keunikan Golden Churn ialah sebagai mentega yang ditinkan dan boleh ditemui di bahagian bahan membuat kek dan bukannya di bahagian dingin. Mentega ini juga biasanya dapat dilihat dalam bentuk bungkusan dan juga dalam bentuk tub. 

Mentega Golden Churn dalam tin merupakan produk keluaran Australia dan New Zealand yang berasal dari lembu yang diberi makan rumput. Ia terkenal dengan jangka hayat simpan yang lama. Bebas daripada perisa dan pewarna tiruan, mentega ini telah disahkan Halal dan boleh digunakan oleh pengguna Muslim tanpa was-was bagi memenuhi setiap keperluan masakan mereka.

Mentega dalam tin Golden Churn mendapat pengiktirafan Halal dari NZIDT (New Zealand Islamic Development Trust), manakala mentega beku Golden Churn mendapat pengiktirafan Halal dari ICCV (Islamic Co-ordinating Council Of Victoria P/L). Kedua-dua badan pelesenan Halal tersebut diiktiraf oleh JAKIM.

Di Malaysia, mentega Golden Churn sinonim dengan hidangan kegemaran tradisional iaitu kek lapis. Penghasilan kek ini menggunakan teknik yang sukar dan masa yang lama serta bahan-bahan berkualiti tinggi untuk hasil yang terbaik. Mentega Golden Churn adalah ramuan penting di dalam penghasilan Kek Lapis di Malaysia.

Chef Selebriti Dato’ Fazley Yaakob bersama Pengurus Besar, GBA Corporation Sdn Bhd, Mr Mohan Alagappar dengan pilihan kek dan biskut yang menggunakan Mentega Golden Churn sebagai salah satu ramuan

Sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidil Fitri, Golden Churn telah bekerjasama dengan chef selebriti yang popular menerusi MasterChef Malaysia, Dato’ Fazley Yaakob, dalam menghasilkan dua resipi unik yang pasti menggembirakan keluarga dan sahabat handai di musim perayaan atau sambutan khas dengan rasanya yang dikenali tetapi mempunyai keunikan tersendiri.

Dua resipi tersebut adalah Kek Marble Mentega Golden Churn yang menampilkan rasa eksotik kulit kayu manis, dan buah pala untuk rasa kek yang lebih sofistikated dan Golden Churn Puff Krim Kaya yang mengimaginasikan semula puff kaya zaman kanak-kanak sehingga menjadi pencuci mulut ‘fine dining’.

Bahan utama dalam kedua-dua resipi tersebut adalah mentega Golden Churn yang memberi keseimbangan rasa lemak, kelembutan dan tekstur yang halus serta aroma kacang yang menambahkan lagi keenakannya.


Pengurus Besar, GBA Corporation Sdn Bhd, Mr. Mohan Alagappar dan Chef Dato Fazley Yaakob melakukan demonstrasi memasak Kek Marble mentega lembap berempah Golden Churn

Bengkel media bertemakan ‘Raya Lebih Meriah dengan Mentega Golden Churn’ diadakan di The Cooking House, Bangsar di mana Chef Dato’ Fazley Yaakob menunjukkan kelebihan mentega Golden Churn dalam pembuatan kek.  

Umum sedia maklum tentang kelebihan mentega dari segi rasa dan keenakannya di dalam mulut. Kini, mentega juga mendapat semula status sebagai bahan tambahan yang menyihatkan kepada pemakanan seimbang kerana ia kaya dengan vitamin larut lemak, terutama sekali Vitamin K2 yang membantu badan kita menyerap kalsium. Kalsium penting untuk kesihatan tulang dan mencegah penyakit kardiovaskular, kanser dan osteoporosis.

Mentega mengandungi lemak tepuyang meningkatkan kadar ‘kolestrol baik’ di dalam darah kita yang juga dikenali sebagai HDL. Mentega membuatkan anda rasa lebih kenyang kerana kehadiran lemak ‘short chain’ dan ‘medium chain’ dan membantu anda membakar lemak dengan lebih baik.

Mentega merupakan sumber butirat,sejenis asid lemak yang penting untuk penghadaman. Mentega kaya dengan CLA yang memberi kesan yang besar terhadap kadar metabolisma. Kajian menunjukkan CLA mempunyai sifat antikanser dan mampu menurunkan peratusan lemak didalam badan manusia. Mentega dikaitkan dapat merendahkan risiko obesiti walaupun kandungan kalori dalam mentega lebih tinggi, memakan produk tenusu yang tinggi kandungan lemak juga tidak mempunyai kaitan dengan obesiti.

 Pengurus Besar, GBA Corporation Sdn Bhd, Mr. Mohan Alagappar dan Chef Dato Fazley Yaakob merasai perbezaan kek yang dimasak menggunakan marjerin dan Mentega Golden Churn

Menurut Encik Mohan Alagappar, Pengurus Besar GBA Corporation Sdn Bhd, pengedar mentega Golden Churn di Malaysia, manfaat kesihatan mentega dihasilkan daripada tenusu lembu yang diberi makan rumput seperti Golden Churn menjadikannya antara bahan masakan utama yang perlu ada untuk sambutan Hari Raya.

“Mentega merupakan tambahan yang menyihatkan kepada pemakanan seimbang kerana mentega merupakan makanan yang kurang diproses, tambahan pula Golden Churn tidak mengandungi bahan kimia tambahan. Mentega sentiasa menjadi pilihan utama chef profesional seperti Chef Dato’ Fazley dan mereka yang selalu memasak di rumah kerana tekstur, rasa dan aromanya yang membangkitkan selera,” kata Encik Alagappar.

“Dengan mentega Golden Churn, Keenakan Dijamin kerana kami menyediakan mentega tulen berkualiti tinggi yang berasal dari lembu yang diberi makan rumput,” tambah Encik Alagappar.

Bengkel media “Raya Lebih Enak dengan Mentega Golden Churn” tersebut memberi peluang kepada wakil-wakil media menerima bimbingan membuat kek daripada Chef Dato’ Fazley, sebelum mengaplikasikan kemahiran mereka dalam satu cabaran hiasan kek.

Chef Dato’ Fazley berkata, “Mentega Golden Churn sentiasa menjadi pilihan saya kerana kualitinya yang tinggi dan hasil yang diberikan.”

Beliau menghasilkan kedua-dua resipi tersebut khas untuk Hari Raya dengan menggunakan mentega Golden Churn untuk hasil terbaik.

“ Hari Raya juga merupakan sambutan istimewa apabila kaum keluarga dari jauh berkumpul bersama. Inilah masanya untuk menjamu orang tersayang dengan juadah yang paling enak dan berkualiti tinggi. Inspirasi saya dalam mencipta resipi-resipi ini adalah dengan menggabungkan yang tradisional dengan yang moden, yang lama dengan yang baru, untuk menghasilkan sesuatu yang benar-benar di luar jangkaan dari segi rasa dan rupa masakan tersebut.”

Recipi Golden Churn Puff Krim Kaya & Kelapa dan Resipi Golden Churn Butter Kek Marble Mentega Lembap Berempah click link untuk info resipi. 
“Cubalah resipi ini menggunakan Golden Churn. Keluarga anda pasti menyukainya,” kata beliau.


Golden Churn boleh didapati di semua pasaraya besar dan pasaraya terkemuka. Untuk maklumat lanjut, layari http://goldenchurn.com.au/ or http://www.gbaglobal.com/

Mengenai Golden Churn
Golden Churn merupakan mentega berkualiti dan berperisa premium tanpa pewarna atau perisa tiruan, yang memberikan rasa semulajadi mentega Australia dan New Zealand. Mentega Golden Churn yang dibuat secara tradisional ini diawet hanya dengan menambahkan garam dan boleh disimpan sehingga 18 bulan tanpa perlu disejukkan. Rasanya yang kaya dan berkrim membuatkannya ideal untuk memasak dan membuat kek.

Mengenai GBA Corporation Sdn Bhd
GBA diasaskan pada 1 Ogos 1987. Bermula dengan pejabat pertama yang terletak di tingkat atas sebuah kedai kopi, kini Kumpulan GBA telah berkembang dan mempunyai tenaga kerja seramai lebih daripada 330 orang. Kumpulan GBA merupakan perusahaan yang progresif, dinamik dan terpelbagai. Aktiviti utama kami berpusat kepada jualan dan pemasaran produk-produk barang pengguna laris (FMCG) dengan sokongan penggudangan dan logistik. Buat masa ini, GBA beroperasi di Malaysia, Singapura, Brunei dan Cambodia. Pusat operasi Kumpulan kami adalah di Wisma GBA 2 di Puchong dengan kompleks pejabat/gudang moden berkeluasan lebih daripada 200,000 kaki persegi.

No comments:

Gifts Shopping click on